PUTRAJAYA 25 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan meneruskan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berkaitan saman pemula bagi mendapat perisytiharan agar beliau dibenar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 2015. Perkara itu ditentukan pada sesi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar, Wan Fatimah Zaharah Wan Yussof di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman hari ini. Peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar memberitahu, permohonan kebenaran merayu itu ditarik balik selepas anak guamnya memfailkan notis untuk tidak meneruskannya, Jumaat lalu. Menurut Shahid Adli, Anwar berbuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya