PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) didesak supaya merehatkan segera pengendali The Red Warriors (TRW), Fajer Ibrahim ekoran prestasi buruk pasukan itu pada saingan Liga Super musim ini. Gesaan itu dilontarkan oleh bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang kecewa dengan prestasi TRW seolah-olah sudah hilang taring sebagai pasukan gergasi pada Liga Malaysia (Liga M) selama ini. Tanpa berselindung, Annuar menegaskan, kekalahan 0-4 kepada Selangor, Jumaat lalu jelas menunjukkan kepincangan pasukan TRW. Pada masa sama, beliau pelik mengapa Fajer berani meminggirkan tonggak berpengalaman dan memberi ruang luas kepada pemain muda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya