NYON, Switzerland 7 Jun – Kelab Turki, Besiktas didenda 34,000 euro (RM152,000) gara-gara membiarkan seekor kucing liar memasuki padang dalam perlawanan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, Mac lalu. Menurut badan bola sepak Eropah, UEFA, selain isu kucing liar yang menyebabkan perlawanan dihentikan seketika, denda serta amaran dikenakan terhadap Besiktas kerana beberapa kesalahan lain, termasuk tindakan penyokong membaling objek keras ke dalam padang. Dalam aksi di Vodafone Arena pada 15 Mac itu, seekor kucing berwarna oren memasuki kawasan permainan pada awal babak kedua. Pengadil, Michael Oliver dari England terpaksa memegang bola…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya