GUATEMALA CITY 5 Jun – Pasukan penyelamat Guatemala mengeluarkan lebih banyak mayat di bawah debu dan serpihan Gunung Berapi Fuego yang meletus kelmarin menjadikan angka korban bencana itu meningkat kepada 62 orang. Ketua Institut Forensik Sains (INACIF), Fanuel Garcia berkata, setakat ini, pihaknya yang dipertanggungjawabkan mengenalpasti mangsa telah menguruskan sebanyak 62 mayat. Pihak berkuasa dalam pada itu memberi amaran jumlah mangsa terbunuh mungkin meningkat selepas kerja pencarian disambung semula di kawasan komuniti di selatan gunung berapi berkenaan, semalam. AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya