Anggota tentera perlu setia kepada raja dan negara - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Anggota tentera perlu setia kepada raja dan negara – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR – Anggota tentera mesti taat setia kepada raja dan negara serta berkhidmat untuk rakyat dan kerajaan yang memerintah, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.  Menurut baginda, institusi ketenteraan tidak boleh mengambil tindakan yang memudaratkan imej serta kewibawaannya sebagai sebuah organisasi unggul dan mulia. “Dalam perkembangan politik masa kini, setiap anggota tentera perlu sedar perubahan sentiasa berlaku dalam apa jua keadaan. Parti politik datang dan pergi namun institusi ketenteraan sentiasa wujud untuk mempertahankan negara, bangsa dan agama,” titah baginda selaku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah pada sambutan ulang tahun ke-60 peringkat rejimen tersebut di Kampung Gial petang semalam. Tuanku Syed Faizuddin bertitah, anggota tentera hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta profesional. – Bernama 

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya