Bukan mudah merelakan hati untuk menjayakan watak seorang pelacur waima ia hanya melalui sekeping naskhah, namun Amyra Rosli cekal hati menerima watak dengan nama Nur itu. Bagaimanapun, keberanian isteri kepada pelakon Amar Baharin itu bersebab. Watak Nur yang disandangnya tidak memaksanya untuk berpenampilan seksi, sebaliknya dia melakonkan watak pelacur yang kembali ke pangkal jalan dan mendekatkan diri kepada Allah. “Banyak sebab saya menerima naskhah ini. Selain ia tidak memerlukan saya berpakaian seksi, saya juga suka dengan penceritaannya yang mampu memberi jentikan kerohanian kepada penonton,” ujarnya yang mengaku turut menerima tawaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya