WASHINGTON 19 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China bernilai lebih AS$200 bilion (RM800 bilion) dalam siri ketegangan perdagangan terbaharu antara kedua negara itu. Menurut portal berita BBC, Trump menegaskan, tarif sebanyak 10 peratus itu akan dikuatkuasakan jika China enggan menukar amalan perdagangannya. Semalam, Trump mengutuk amalan tidak adil berkaitan dengan pengambilalihan harta dan teknologi intelektual AS. Beliau berkata, China bukan sahaja tidak mahu mengubah amalan-amalan tersebut tetapi turut mengancam syarikat-syarikat, pekerja dan petani AS yang tidak melakukan kesalahan. Jelasnya, tarif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya