KUALA LUMPUR 27 Jun – Tan Sri Mohd. Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) berkuat kuasa kelmarin. Turut meletakkan jawatan adalah dua Ahli Lembaga Pengarah PUNB iaitu Datuk Jamelah A. Bakar dan Datuk Hasbullah Wa Daud pada tarikh yang sama. PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini mengucapkan terima kasih kepada Mohd. Ali, Jamelah dan Hasbullah atas sumbangan mereka sepanjang bersama perbadanan itu. Mohd. Ali dilantik sebagai Pengerusi PUNB pada 1 Ogos 2013 manakala Jamelah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya pada 17 Julai 2014…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya