LONDON 3 Jun – Pengurus England, Gareth Southgate menyifatkan persembahan bahagian serangan pasukannya dalam babak pertama ketika menang ke atas Nigeria semalam dalam perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia adalah yang terbaik sepanjang dia mengendalikan pasukan kebangsaan. “Saya fikir, babak pertama perlawanan ini adalah yang terbaik pernah kami alami,” kata Southgate selepas England menang 2-1 di Wembley dalam perlawanan persahabatan kedua terakhir mereka sebelum ke Rusia. Southgate menyanjungi, terutamanya, kuartet serangannya yang dibarisi Harry Kane dan Raheem Sterling dan pemain tengah iaitu Jesse Lingard dan Dele Alli. Mereka mengasak Nigeria yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya