KUALA LUMPUR – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah dan syabas atas kemenangan semua kepimpinan sayap UMNO pada pemilihan parti itu. Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Zahid berkata, pembaharuan UMNO melalui keterbukaan pemilihan tanpa syarat tertentu di semua peringkat membolehkan setiap ahli UMNO bertanding bagi semua jawatan. “Keterbukaan pemilihan tanpa syarat tertentu yang diputuskan oleh UMNO baru-baru adalah “mother of all democracy” dalam sejarah pemilihan UMNO sejak 1988. “Ini memaparkan UMNO kini lebih terbuka, demokratik dan inklusif yang membolehkan lebih 165,000 perwakilan membuat pilihan,” katanya. Beliau berkata, ia merupakan langkah pertama menuju pembaharuan agar parti terus kekal relevan di pentas politik tanah air. – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya