KUALA LUMPUR 6 Jun – Di sebalik desas-desus yang mengatakan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mungkin ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah bagi merebut jawatan Presiden UMNO, kedua-duanya dilihat mesra dalam satu majlis berbuka puasa di kediaman tokoh politik yang turut dikenali sebagai Ku Li itu semalam. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden itu meluangkan masa untuk bersama-sama Tengku Razaleigh dalam majlis tersebut yang dimulakan dengan majlis berbuka puasa. Turut diadakan ialah tahlil dan doa selamat dan selepas itu, Ahmad Zahid menunaikan solat Isyak serta solat sunat Tarawih bersama-sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya