KUALA LUMPUR 7 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya. Pertemuan tersebut dikongsikan Ahmad Zahid menerusi status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, hari ini. “Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan Dr. Mahathir, Perdana Menteri Malaysia. “Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” katanya. Dalam status yang sama, Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri turut memuat naik gambar bersama Dr. Mahathir.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya