TIMBALAN Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi mengesahkan beliau tidak akan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM, 14 Julai depan. Abdul Azim memberitahu, beliau sudah mempunyai banyak komitmen dan lebih baik buatnya memberi fokus kepada jawatan-jawatan yang disandang berbanding bertanding merebut kerusi panas badan induk persatuan itu. Jelasnya yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), beliau mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk membuat keputusan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden FAM selepas dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya