PUTRAJAYA – Kegiatan licik tiga pusat hiburan yang menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) kepada pelanggan tetap mereka terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota dan pegawai imigresen di Muar, Johor kelmarin. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, serbuan pada pukul 11.10 malam itu hasil risikan Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen. Katanya, ketiga-tiga pusat hiburan itu menyediakan GRO warga asing terdiri daripada wanita Vietnam dan Thailand. “Wanita ini akan menemani pelanggan, menghidangkan minuman selain bermesra untuk mendapatkan tip. “Setiap hidangan minuman keras yang dipesan oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya