GENEVA 7 Jun – Sebanyak 46 orang migran mati lemas manakala 16 lagi hilang selepas bot dinaiki mereka karam di luar perairan Yemen, semalam. Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, sekurang-kurangnya 100 orang pendatang bersesak-sesak menaiki sebuah bot pemerdagangan manusia yang berlepas dari pelabuhan Bossasi di Somalia, malam kelmarin. Bot dinaiki mereka bagaimanapun terbalik selepas dipukul ombak besar di Teluk Aden kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan semasa menghampiri destinasinya. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya