BEIRUT 5 Jun – Sekurang-kurangnya 45 orang anggota tentera pro kerajaan terbunuh dalam serangan dilancarkan oleh kumpulan pengganas Daesh di timur Syria. Serangan itu dilancarkan ke atas perkampungan Lembah Euphrates yang ditawan oleh tentera kerajaan dan sekutu mereka tahun lalu. Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria, seramai 26 orang anggota Daesh turut terkorban dalam serangan terbabit. Dalam perkembangan berlainan, kira-kira 11 orang maut dalam serangan udara di timur laut Syria awal pagi semalam. Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria berkata, serangan itu dilancarkan di selatan wilayah Hasakeh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya