DIDIK. Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Swasta Saleha Genting Highlands menjayakan sambutan Hari Penyu Sedunia di Resort World Kijal, Kemaman, Terengganu baru-baru ini. Pengarah program, Indra Arumugam berkata, program tajaan Genting Malaysia Bhd. itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan penyu yang kini diancam kepupusan dalam kalangan generasi muda. Menurutnya, antara aktiviti yang dijalankan para peserta program ialah mempelajari kerja-kerja pemuliharaan penyu seperti proses pengutipan dan pengeraman telur, gotong-royong membersihkan Pantai Kijal, Kemaman dan taklimat daripada pegawai Jabatan Perikanan Terengganu.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya