HONG KONG 26 Jun – Sebanyak empat orang cedera dalam satu insiden tembakan di sebuah taman bersebelahan sebuah pusat membeli belah yang sibuk di Hong Kong, hari ini, insiden serangan bersenjata yang jarang berlaku di bandar yang tersenarai sebagai satu daripada bandar paling selamat di dunia. Jurucakap polis berkata, seorang wanita ditahan selepas dia menggunakan sepucuk pistol menembak dua lelaki dan dua wanita. Rakaman televisyen tempatan menunjukkan seorang lelaki berumur terbaring di atas tanah dengan kesan tompokan darah berhampirannya ketika seorang lagi mangsa dirakam cedera di kepala. Kesemua mangsa kemudiannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya