PUTRAJAYA – Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sehingga 4 Jun lalu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, baki daripada jumlah peminjam berkenaan iaitu sebanyak 168,289 nama dijangka dikeluarkan daripada sistem senarai hitam JIM pada 15 Jun ini. “Susulan kenyataan rasmi daripada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengenai pelepasan sekatan keluar negara terhadap peminjam PTPTN, JIM telah mula mengeluarkan nama peminjam daripada sistem kawalan imigresen secara berperingkat mulai 1 Jun lalu. “Mengikut rekod,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya