SUMBANGAN. Seramai 20 ahli Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (Kaseh) menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang kurang kemampuan di sekitar Teluk Gadong Kecil, Klang, Selangor baru-baru ini. Pengerusinya, Mohd. Nor Izam berkata, sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk b arangan keperluan dapur dan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri. “Penerima bantuan bukan sahaja terdiri daripada anak yatim malah ibu tunggal juga terpilih menerimanya. Diharapkan, ia sedikit sebanyak menceriakan mereka di hari raya nanti,” ujarnya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya