SUNGAI PETANI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kedah merekodkan 17 kes kebakaran bagi tempoh 15 hari pertama Ramadan tahun ini dengan kebanyakannya disebabkan aktiviti memasak yang tidak mengutamakan aspek keselamatan. Pengarahnya yang juga Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Abdul Razak Muda berkata, kebanyakan kes kebakaran membabitkan bangunan kediaman. “Sebanyak 33 kes dilaporkan membabitkan kebakaran rumah kediaman sepanjang Ramadan tahun lalu berbanding 17 kes dalam masa 15 hari pertama Ramadan tahun ini,” katanya. “Hasil kajian kami, kebakaran struktur meningkat kerana ramai suri rumah yang memasak untuk bersahur atau berniaga di bazar Ramadan dan melepasi 15 hari kedua Ramadan ada yang membuat kuih aspek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya