KANGAR 5 Jun – Seramai 1,223 orang penjawat awam negeri ini bakal menerima bantuan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM400 seorang manakala pesara pula, RM200 seorang. Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, secara keseluruhan bantuan itu akan melibatkan pembayaran sebanyak RM485,000. Katanya, pembayaran itu akan diuruskan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan negeri yang diharap dapat dilakukan sebelum perayaan ini. “Kita berharap proses pembayaran ini akan dapat dilakukan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Bulan Ramadan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer, di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya