PUTRAJAYA 28 Jun- Kerajaan mengumumkan penawaran khas kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan bumiputera daripada kaum Cina yang tergolong dalam golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). MASZLEE MALIK Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, penawaran khas itu melibatkan penambahan sebanyak 1,000 kemasukan bagi sesi 2018/2019 dan sehingga kini terdapat sebanyak 89,891 permohonan telah diterima termasuk 20,040 permohonan daripada bukan bumiputera. “Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya