NAIROBI 7 Jun – Seramai 10 orang termasuk dua juruterbang pesawat FlySax yang dalam penerbangan ke bandar ini terkorban selepas terhempas di sebuah kawasan pergunungan hari ini. Pesawat Cessna Caravan itu hilang hubungan dengan menara kawal beberapa minit sebelum dijadualkan mendarat di lapangan terbang antarabangsa Jomo Kenyatta dari Kitale, sebuah bandar perladangan di barat negara ini. Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Paul Maringa berkata, pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan bangkai pesawat itu di sebuah cerun hutan tebal di Aberdare Range bahagian tengah Kenya. Menurut beliau, sebaik tiba di tempat kejadian pasukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya