BANGKOK 21 Mei – Beraksi buat kali pertama di pentas Piala Thomas tidak langsung meresahkan Lee Zii Jia apabila dia beraksi baik ketika menewaskan Sergey Sirant dari Rusia untuk memberi mata kemenangan buat Malaysia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D, sebentar tadi. Zii Jia, 20, yang turun sebagai perseorangan kedua mengambil masa 35 minit untuk mengalahkan Sirant 21-13, 21-16. Walaupun sudah mengesahkan kemenangan dengan mendahului 3-0, namun Malaysia masih perlu melengkapkan dua lagi perlawanan iaitu beregu lelaki serta perseorangan ketiga. Saya bermain baik hari ini dan berpuas hati dengan persembahan saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya