KOTA BHARU 29 Mei- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) membelanjakan RM12 juta bagi melaksanakan Program Inspirasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Inspirasi Ramadan sejak 2016. Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, inisiatif itu adalah bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan utama khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. “Sejak 2016, terdapat 100,000 pelajar gagal dalam dua mata pelajaran berkenaan dan YaPEIM mengambil inisiatif dengan bantuan pakar untuk membuat penambahbaikan dengan memantapkan lagi cara pengajaran dan pembelajaran,” katanya kepada Bernama selepas Program Inspirasi Ramadan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya