LOS ANGELES 26 Mei – Bekas penerbit filem Hollywood, Harvey Weinstein dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3.9 juta) selepas didakwa melakukan rogol san serangan seksual. BBC melaporkan, Weinstein, 66, juga bersetuju untuk memakai alat pengesan GPS dan menyerahkan pasportnya selepas menyerah diri kepada polis semalam. Sehingga kini, Weinstein menafikan semua dakwaan tersebut dan peguamnya menjangkakan bekas penerbit itu akan mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan mahkamah tidak lama lagi. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya