BINTULU 29 Mei – Seorang warga Indonesia yang hilang setelah disedut ke dalam lubang pembentung dasar sungai di Ladang Sebubu, Jalan Pesisir Bintulu/Miri ditemukan semalam. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Bomba Sarawak, mangsa tersebut ditemukan pekerja ladang dalam jarak 100 meter dari hujung pembetung berkenaan pada pukul 9 malam. “Mangsa, Nor Alam, 26, kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan kenderaan ladang. “Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi. Semalam, mangsa yang mandi bersama kawan tiba-tiba…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya