KOTA BHARU – Polis Kelantan menerima satu laporan berhubung dakwaan seorang lelaki warga emas yang tidak dapat mengundi akibat kad pengenalannya digunakan individu lain untuk mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Abd. Hadi, Badang di sini hari ini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan memberitahu mangsa yang berusia 78 tahun ditemani anaknya seorang jururawat datang ke sekolah tersebut mengundi bagi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang pada pukul 9 pagi. Beliau berkata, semasa semakan dibuat oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas nama lelaki tersebut telah mendapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya