BEAUFORT – Seorang wanita warga emas maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Nukahan di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Norkiah Majid, 76, meninggal dunia di lokasi kejadian ketika dikatakan cuba mengalihkan kabel elektrik yang terputus di ladang sawitnya. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata, seramai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort telah dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 pagi tadi. “Setibanya di sana, kami dapati mangsa telah meninggal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya