KUALA LUMPUR 12 Mei – Pengumuman Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri diharap dapat menunjukkan kekuatan dan pengaruh dalam mentadbir negara sejajar merealisasikan pencapaian wanita negara ini di peringkat paling tinggi. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan berkata, Wan Azizah kini berpeluang untuk menunjukkan kemampuan yang dimilikinya dalam menjadi pemimpin nombor dua negara. “Sudah tiba masanya kita memiliki pemimpin wanita di peringat tertinggi dan seiring dengan usaha melihat 30 peratus wanita memegang jawatan tertinggi di semua peringkat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya