KUALA LUMPUR 13 Mei – Pelan lima tahun (2018-2022) yang digariskan Kumpulan Pelaburan Mara Berhad (PMB) akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai kumpulan perkhidmatan kewangan di negara ini dan pada masa sama memberi pulangan lebih baik kepada para pelabur. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Nazim Rahman berkata, di bawah pelan yang dikenali sebagai Visi 2022 itu, PMB menyasarkan untuk menguruskan nilai aset berjumlah RM5 bilion menerusi anak syarikat pengurusan dananya, PMB Investment Bhd. (PMB Investment). Katanya, ketika ini PMB Investment menguruskan aset bernilai RM1.1 bilion menerusi 14 dana unit amanah dan menjangkakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya