PUTRAJAYA 14 Mei – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini bagi mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Baginda yang memandu sendiri kenderaan jenis Mercedes-Benz tiba kira-kira pukul 11.45 pagi. Turut dilihat di samping baginda ialah anakandanya, Putera Abdul Mateen. Ketibaan baginda disambut oleh Dr. Mahathir bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Sultan Hassanal Bolkiah merupakan pemimpin pertama dari rantau ini dan dunia yang membuat kunjungan ke atas Dr. Mahathir selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya