KOTA BHARU 13 Mei – Seorang remaja kurang upaya yang berasal dari Kampung Tikat di sini tidak menjadikan kecacatan sebelah tangannya sebagai penghalang untuk terlibat dalam sukan tomoi. Pada peringkat awal, Wan Muhammad Adnan Wan Yusoff, 17, merasa malu kerana tangan kanannya yang lembik dan hilang fungsi dari bahagian bahu ke bawah selain kekangan kewangan untuk membayar yuran. Namun sokongan jurulatih, Muhammad Mat Yasim, 46, atau ‘Ayah Mad’ yang merupakan seorang pesara tentera yang juga Pengerusi Kelab Tomoi Bamboo PCB telah membimbingnya secara percuma sejak enam bulan lalu menjadikan remaja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya