KUALA LUMPUR 21 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini selepas menghadiri majlis di Pekan, Pahang sejak semalam. Beliau yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire tiba pada pukul 1.15 petang diiringi dua kenderaan konvoi bersama sebuah motosikal polis pengiring. Bekas Presiden UMNO itu dijangka akan menemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya esok bagi memberikan keterangan. -UTUSAN ONLINE Video oleh FARABI SAID AL JABRI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya