KUALA LUMPUR 23 Mei – Rapid KL sekali lagi menganjurkan klinik al-Fatihah bagi orang ramai memantapkan bacaan surah itu di ruang legar utama stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek sepanjang Ramadan ini. Klinik itu dikendalikan bersama antara pihak pengurusan Masjid Jamek dan pelajar tahfiz Darul Quran Kuala Kubu Baharu. Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Kelana Jaya, Ismail Abdullah dalam kenyataan berkata, program yang pernah diadakan pada Ramadan tahun lepas itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. “Ramai dalam kalangan kita mahu memantapkan lagi bacaan al-Fatihah kerana ia adalah surah yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya