PUTRAJAYA 21 Mei – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull melapor diri di pejabatnya di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini selepas dilantik bagi mengantikan Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang melepaskan jawatan tersebut, Selasa lalu. Beliau yang tiba pada pukul 10.25 pagi disambut oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; pegawai kanan dan kakitangan SPRM lain di sini. Dalam pada itu, Mohd. Shukri ketika ditemui pemberita berkata, satu taklimat khas akan diadakan untuk media esok. “Esok akan ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya