KUALA TERENGGANU 21 Mei – Dua tekong warga Vietnam menawarkan RM1,000 kepada pegawai penguat kuasa supaya mereka bersama 17 awak-awak dibebaskan selepas dikesan menceroboh perairan negara di dua lokasi di perairan daerah ini, pagi semalam. Bagaimanapun cubaan lelaki berusia 49 dan 51 tahun untuk merasuah pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) itu gagal, dan kesemua nelayan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut. Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, hasil pemeriksaan mendapati hanya enam nelayan yang mempunyai dokumen pengenalan diri daripada keseluruhan yang berusia antara 14 hingga 54 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya