PUTRAJAYA 14 Mei – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada pukul 12.58 tengah hari selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Baginda yang mengadakan pertemuan selama satu jam bersama Dr. Mahathir kemudiannya dilihat keluar dengan memandu sendiri kenderaan jenis Mercedes-Benz bersama anakandanya, Putera Abdul Mateen. Sultan Hassanal Bolkiah merupakan pemimpin pertama dari rantau ini dan dunia yang membuat kunjungan ke atas Dr. Mahathir selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh, Khamis lalu.-UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya