KUALA LUMPUR 20 Mei- Polis menembak mati seorang lelaki warga Afrika dipercayai terlibat dengan kes samun dalam penipuan tukaran mata wang asing sehingga kerugian lebih RM11.7 juta di Jalan Memanda 2, Ampang dekat sini semalam. Insiden berlaku kira-kira pukul 2.50 pagi apabila Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen Polis Kuala Lumpur melakukan rondaan dan terlihat seorang lelaki meminta tolong dan memaklumkan dirinya dirompak di Jalan Damai, Cheras di sini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihak polis kemudian mengejar lima lelaki yang melarikan diri dengan sebuah Toyota Vios.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya