KOTA KINABALU 17 Mei – Polis Sabah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah apabila merampas 10.6 kilogram pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM750,000 dalam satu serbuan di sebuah kondominium dekat sini, semalam. Video oleh FAUZI SUHAIMI Dalam serbuan pada pukul 11.15 pagi itu, polis turut menahan dua individu termasuk seorang wanita warganegara China dipercayai pasangan kekasih yang bergiat aktif dalam pengedaran dadah sejak sebulan lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang suspek lelaki berusia 30 tahun ketika berada di dalam sebuah pacuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya