KUALA LUMPUR 21 Mei – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta di sini selepas hadir memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, hari ini. Beliau yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Toyota Vellfire tiba kira-kira pukul 3.45 petang diiringi tiga buah MPV dan dua motosikal polis. Ahli Parlimen Pekan itu hadir ke pejabat SPRM untuk membantu siasatan berkaitan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB). – UTUSAN…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya