KUALA LUMPUR 22 Mei – Dua anggota polis berpangkat konstabel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan memperoleh rasuah daripada seorang individu bagi tidak mengambil tindakan undang-undang untuk kesalahan memandu tanpa lesen sah dan dadah terhadapnya, tahun lalu. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Ahmad Nazreen Hajiman, 29, dan Muhammad Amin Azemi, 25, dengan niat bersama-sama meminta suapan wang tunai RM1,000 dan memperoleh RM100 daripada Mohamat Hasanudin Cholis. Wang tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohamat Hasanudin yang memandu tanpa lesen sah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya