KUALA LUMPUR 10 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kali kedua hari ini susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Beliau yang memakai baju Melayu hitam dan bersamping songket hitam keemasan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara di sini. Dr. Mahathir, pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 sewaktu berumur 56 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003, setelah menerajui tampuk pimpinan negara selama 22 tahun. Berumur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya