KUALA LUMPUR 10 Mei –Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan pasukannya telah melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat sepanjang mentadbir negara ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memberitahu, sejak mengambil alih kepemimpinan negara pada 2009, kerajaan berusaha sedaya upaya meningkatkan kualiti hidup rakyat bagi menentukan masa depan lebih baik bagi generasi akan datang. Katanya, di bawah pentadbirannya, sebanyak tiga juta pekerjaan dicipta, mengekalkan kadar kemiskinan pada tahap rendah, membina infrarakyat, memastikan ekonomi Malaysia dipacu pada kadar pertumbuhan yang boleh dibanggakan serta rakyat secara inklusif mendapat banyak faedah melalui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya