KETIKA gambar terbaharu bintang filem aksi, Jet Li tersebar di internet baru-baru ini, ramai peminatnya melahirkan rasa terkejut. Hal ini kerana, rupa paras aktor kelahiran China yang berusia 55 tahun itu kelihatan jauh berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini. Menerusi gambar yang diambil ketika Jet Li sedang melawat sebuah kuil di Tibet tersebut, kulit wajahnya dilihat dipenuhi dengan kedutan-kedutan kecil sementara hampir separuh bahagian kulit kepalanya pula tidak lagi ditumbuhi rambut. Mengakui kesihatannya semakin merosot akibat penyakit hipotiroidisme dan masalah tulang belakang, aktor berkata, dia tidak lagi mampu untuk berlakon…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya