KUALA LUMPUR 18 Mei – Petronas Dagangan Bhd (PetDag) mencatat keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM220.33 juta pada suku pertama (Q1) yang berakhir pada 31 Mac 2018 berbanding RM254.60 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Pendapatan bagi tempoh itu meningkat kepada RM7.07 bilion berbanding RM6.78 bilion sebelumnya disebabkan oleh kenaikan tiga peratus dalam jumlah jualan dan satu peratus kenaikan harga jualan purata. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PetDag berkata, keputusan daripada operasi terutama dipengaruhi oleh harga produk petroleum, yang mempunyai korelasi kukuh terhadap harga minyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya