JOHOR BAHRU 21 Mei – UMNO Johor membuat keputusan supaya semua jawatan tertinggi parti perlu dipertandingkan, sekali gus memberi peluang parti untuk terus melakukan perubahan. Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi pemilihan itu UMNO perlu mempamerkan kesungguhan untuk berubah dan memberikan ahli memilih pemimpin yang boleh membawa perubahan kepada parti. “Kita setuju semua jawatan dipertandingkan. Ini peluang UMNO lakukan pembaharuan dan lakukan kesungguhan untuk berubah. “Kita nakkan pemimpin yang boleh bawa perubahan besar-besaran dalam UMNO,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di Ibu pejabat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya