PUTRAJAYA 30 Mei – Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang mahu kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya menjawab. “Kita tidak bincang,” ketika diajukan soalan mengenai perkara tersebut. Baru-baru ini, P. Uthaya Kumar yang mendakwa mewakili Hindraf menuntut Kerajaan Pakatan Harapan membuka peluang kemasukan ke UiTM dan tanah Felda kepada semua kaum. Bagaimanapun, Pengerusinya, P. Waytha Moorthy menafikan memorandum itu mewakili pihaknya. Isu tuntutan pembukaan UiTM kepada semua kaum ditentang oleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya