KUALA LUMPUR 10 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, malam ini. Istiadat mengangkat sumpah jawatan tersebut berlangsung di Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sebentar tadi. Pelantikan Dr. Mahathir, 92, mencatat dua rekod dalam sejarah negara iaitu sebagai Perdana Menteri baharu yang paling berusia dan orang pertama memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan itu sebanyak dua kali. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya